Waktu memasak :   40 minit
Saiz hidangan untuk :  7 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji telur (diambil kuning sahaja)
  • 1kg gula
  • 110gm tepung beras pulut
  • 65gm tepung beras biasa
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Air secukupnya
 
* Tepung beras pulut & tepung beras biasa dicampur  bersama 
 
CARA MEMASAK:
 
1 Kuning telur dicampurkan dan dipukul separuh kembang.
2 Gula dimasak dengan daun pandan, bunga cengkih dan sedikit air sehingga pekat.
3 Masukkan telur dan sedikit tepung tadi ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
4 Kemudian diambil dengan tiga jari dan bentukkan buah tanjung.
5 Masukkan ke dalam air gula di atas api perlahan tadi. Bila sudah meresap air gula, bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan.