BAHAN-BAHAN:
  • 150gm tauhu telur | digoreng dan dipotong
  • 50gm kubis bunga
  • 50gm lobak merah | dihiris halus
  • 50gm asparagus | dipotong kecil
  • 6 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 biji cili merah
  • 2 sudu makan tepung jagung | untuk memekatkan kuah
  • Sedikit minyak jagung
  • Garam dan serbuk perasa
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil hingga naik baunya.
2. Masukkan kobis bunga, lobak merah, asparagus dan cili merah. Biarkan separuh masak.
3. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan juga sos tiram. Gaulkan sebati.
4. Pekatkan kuahnya dengan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
5. Masukkan tauhu dan angkat.