Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: Seorang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 80gm ikan Salmon | dicincang
  • 30gm mayones
  • 10gm bawang merah | dihiris halus
  • 20gm timun muda | didadu kecil
  • 10gm herba dil segar | dihiris halus
  • 1 keping roti | dibelah dua dan dibakar
  • 10gm daun salad
 
 
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk adunan kecuali roti. Gaul rata dan ketepikan.
2. Bakar roti sehingga keperangan.
3. Potong roti kepada dua bahagian dan letakkan salad salmon di atas roti.
4. Sedia untuk dihidangkan.