Waktu memasak : 20 minit

Saiz hidangan untuk : 2 orang

 

 

 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg ikan sembilang | bersihkan dan potong dua
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam
  • 1 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya
 
 
BAHAN KISAR:
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 8 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Perap seketika. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan kuali sekali lagi dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Gaul rata.
4. Masukkan ikan dan gaul sebati. Angkat.
5. Sedia dihidangkan dan dinikmati.