Waktu memasak :   30 minit
Saiz hidangan untuk :  4 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ikan bawal
  • 300gm nanas |dipotong kecil
  • 500ml air
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1 Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik baunya.
2 Tuangkan sedikit air bersama cili sos, bawang besar, nanas, cili merah dan juga cili hijau.
3 Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan ikan.
4 Masukkan sedikit sos tiram dan biarkan kuahnya menjadi pekat.
5 Angkat dan hidangkan.