Waktu memasak: 45 minit
Saiz hidangan: 6 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan tongkol | direbus dengan asam keping dan garam
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1sm lengkuas
  • 1/2 sm kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh ketumbar
  • Beberapa keping asam keping
  • Garam dan gula melaka secukup rasa
# (Kisar semua bahan rempah)
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
3. Tambahkan sedikit asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan bersama air rebusan dan akhir sekali tuangkan santan.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan sebati.
6. Tutup api dan sedia dihidang bersama Nasi Dagang.