Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:

  • 100gm daging | dipotong dadu besar
  • 20gm lobak merah | dipotong jejari
  • ½ biji lada Benggala | dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih | dimayang halus
  • ¼ biji bawang Holland | dimayang halus
  • 10gm kacang pis
  • 2 sudu makan serbuk stok perang
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 350ml air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya



CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih di dalam periuk sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan daging yang telah di dadu dan kacau sebentar.
  3. Sementara itu, bancuh serbuk stok perang dengan sedikit air supaya ia tidak berketul dalam stew. Kemudian, bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air.
  4. Selepas itu, masukkan bancuhan stok perang ke dalam periuk dan kacau sebentar.
  5. Masukkan air dan kacau. Biar hingga mendidih. Kemudian, masukkan lobak merah dan lada Benggala.
  6. Selepas tiga minit, masukkan kacang pis dan biar mendidih selama seminit.
  7. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga ia pekat sedikit.
  8. Perasakan dengan garam jika perlu. Angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.