BAHAN-BAHAN:
 
BAHAN A (IKAN PEKASAM)
  • 1kg ikan sungai (apa-apa jenis ikan) | dibelah dan dibersihkan
  • 500gm asam keping
  • Garam kasar secukupnya
 
 
BAHAN B (UNTUK MENGGORENG)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili api (merah dan hijau)
  • 1 biji limau nipis
  • Minyak untuk menggoreng
 
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Bagi bahan A, perapkan ikan bersama asam keping dan garam kasar selama dua malam.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan pekasam. Pastikan api sederhana panas. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar dan cili api yang digoreng seketika.
4. Taburkan bahan tumis di atas ikan pekasam dan perah limau nipis di atasnya.
5. Sedia untuk dinikmati.