Waktu memasak :   45 minit
Saiz hidangan untuk :  6 orang

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 1 ketul lidah lembu (dibersihkan)
  • 6 ulas bawang merah (dimayang)
  • 2.5cm halia (dihiris halus)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
 
BAHAN CICAH (AIR ASAM JAWA ):
 
  • 4 ulas Bawang merah | dipotong halus
  • 1 biji tomato l dipotong halus
  • 8 biji cili padi l dipotong halus
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukupnya
  • Kicap pekat secukupnya
  • Kicap masin secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1.  Air asam: Satukan bawang merah, cili padi dan tomato yang dipotong halus. Gaulkan dengan kicap pekat dan kicap masin. Masukkan sedikit air asam jawa dan gaul rata. Masukkan ke mangkuk hidangan.
2.  Lidah bakar: Rebus lidah lembu bersama air, bawang merah, halia dan garam secukup rasa sehingga empuk. Kemudian bakar atau salai lidah lembu sehingga masak.
3.  Potong nipis dan hidangkan bersama air asam tadi.