Bahan-bahan:

 

  • 120 gm isi ayam | dihiris dan direbus sekejap
  • 280 gm nasi putih kukus
  • 5 gm bawang besar
  • 10 gm bawang putih
  • 5 gm halia
  • 15 gm pes cili
  • 15 gm pes 'hot bean'
  • 10 gm serbuk stok ayam
  • 30 gm lada benggala (kuning, merah, hijau)
  • 10 gm daun bawang
  • 10 ml sos tiram
  • 3 titik minyak bijan
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia cincang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan lada benggala pelbagai warna dan ditumis sehingga sedikit layu.
  3. Seterusnya masukkan pes cili, sos tiram dan pes hot bean. Kacau rata dan sebati.
  4. Setelah itu masukkan pula garam, gula dan serbuk stok ayam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan hirisan ayam dan sebatikan. Didihkan seketika. Taburkan hirisan daun bawang, bijan putih dan gajus bakar. Hidangkan bersama nasi putih kukus.