Waktu memasak : 45 minit
Saiz hidangan : 6 orang

Info Chef : Udang kara boleh dimasukkan awal kerana ia bersaiz besar dan mengambil masa yang lama untuk masak.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor udang kara | isi dikeluarkan potong sederhana
  • 1 kg santan
  • 5 batang serai | diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir secukup rasa

Bahan A (dikisar):

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh ketumbar (di goreng tanpa minyak)

Cara memasak:

  1. Masukkan udang, santan, daun limau purut, kunyit, serai dan bahan A ke dalam kuali.
  2. Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga masak.
  3. Apabila agak kering, masukkan kerisik, garam dan gula pasir secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kering.
  4. Sedia dihidangkan.