Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 10 orang

 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng hingga masak
  • 3 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 250gm cili kisar
  • 3 biji cili merah   } dipotong memanjang
  • 3 biji cili hijau      } dipotong memanjang
  • 125ml kicap
  • 125ml air asam jawa
  • 3 tangkai daun kari
 
 
BAHAN TUMBUK:
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2sm halia
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.