Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 4 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang serai
  • 3gm halia
  • 100gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan belacan
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ serbuk ketumbar
  • ½ cawan air limau nipis
  • Garam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
 
1. Cuci ayam hingga bersih dan lumur ayam dengan jus limau nipis.
2. Kisar serai, halia, daun ketumbar, belacan, gula perang, serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar hingga halus.
3. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga garing dalam minyak sederhana panas.
4. Perasakan dengan garam secukupnya dan tuang bahan tumisan tadi ke atas ayam .
5. Perap sekurang- kurangnya sejam dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 160˚C selama 35 minit.
6. Setelah siap dibakar, hidangkan dalam pinggan dan sedia dinikmati.