RESEPI ROTI COKLAT BERKISMIS
resepi asal : Puan Roshayati Johari
sumber : mamafami@blogspot.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

 

Bahan-bahan
Basic Dough

  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit

Bahan Tambahan (mengikut citarasa)

  • setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang
  • 1sb serbuk koko
  • 1/2sk coklat emulco - optional

 

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)

  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur.Untuk kaedah uli tangan sila rujuk resepi asal.
 

HaNa's FAMILY

http://hanamemories.blogspot.com