BAHAN-BAHANNYA :

2 ekor ikan tuna@tongkol jenis putih
1 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
Garam secukup rasa
8 batang bendi muda
1 biji tomato belah 6
2 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rata rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)*
1/3 cawan air*(*bancuh hingga jadi pes)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ikan tuna, dikerat pada beberapa bahagian (mat kerat 5 untuk setiap seekor ikan, dan kepala ikan mat kerat juga) cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil. Masukkan gula melaka dan asam gelugor, masak sekejap.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml), kacau dan bila mendidih masukkan ikan tadi, tambah garam secukup rasa, santan, kacau rata dan tutup periuk tekanan tadi. Pasangkan injapnya. Bila periuk berdesir, kecil kan api pada tahap minima. Masak 1 jam.
  4. Bila cukup masa 1 jam, angkat PC tadi dan letak dalam sinki, lalukan air atas atasnya hingga hilang bunyi desiran. Buka periuk. masak kembali dan boleh masukkan bendi dan cili hijau/merah belah. Masak hingga bendi lembut. Akhir sekali masuk tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...


Kredit resipi sepenuhnya kepada

Dapur Tanpa Sempadan...

http://www.tiffinbiru.com