BAHAN-BAHAN :
 
  • 500 gm ikan merah
  • 100 - 120 gm serbuk kari ikan (2 paket rempah)
  • 1 ulas bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 cm halia - dikisar
  • 4 sudu besar cili kisar 
  • ¼  sudu kecil serbuk jintan manis
  • ¼  sudu kecil jintan putih
  • ¼  sudu kecil ketumbar
  • 2 tangkai daun kari 
  • 8 batang bendi
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • 3 batang cili hijau
  • Asam jawa diperah dengan 3 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • 5 sudu besar santan sawit 
  • Minyak zaiton

 

CARA-CARANYA :
 
  1. Cuci kepala ikan yang telah dipotong dan lumurkan dengan bahan kisar dan sedikit rempah kari.  Perapkan selama 15 hingga 30 minit.
  2. Panas periuk dan masukkan minyak zaiton.  Tumiskan bahan dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan daun kari.  Kacau sehingga sebati.
  4. Apabila telah garing, masukkan air yang diperah asam jawa ke dalam campuran.  Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  5. Masukkan isi ikan yang diperap. Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Biarkan sehingga mendidih.  Asingkan kepala ikan.
  6. Masukkan bendi dan tomato dan biarkan mendidih seketika.
  7. Curahkan kuah ke atas kepala ikan yang diasingkan.
  8. Siap untuk dihidang.
 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Engineers Love Cooking

http://cooking-engineer.blogspot.com