BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kuning telur
  • 30 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
  • 55 gm tepung cake
  • 20 gm tepung kastard
  • 1 sudu kecil baking powder

 

  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 80 gm gula kaster


 

CARA MEMASAK:
 

1. Panaskan oven pada suhu 170 C.

2. Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.

3. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali

4. Pukul kuning telur dan gula menggunakan 'whisk'. Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.

5. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

6. Dalam bekas lain (pastikan bekas berkeadaaan kering), pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Tambahkan 80gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).

7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.

8. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuhHentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek.

9. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minitKeluarkan dari oven bila kek masak. Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk.

10. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan 'pipping bag'.

CREAM CUSTARD
by : Honey

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 1 sudu besar tepung 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 4 sudu besar gula 
  • 200ml (1 cup) susu segar 
  • 1 biji telur (L size) 
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu teh esen vanila - ita tambah

 

 

CARA MEMASAK:

 

1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
4. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. 
5. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
 
Tips:

*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
*Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan 'cream custard' yang licin.

 

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Masam manis...cook with love

http://fromintankitchen.blogspot.com