BAHAN BAHAN

  • 250 gm tepun gandum
  • 1 sudu kecil tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 500 ml santan 
  • 1/ 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil paste pandan ( untuk warna hijau)
  • 1 sudu besar  butter (di cairkan )
  • 2 sudu besar gula halus @ castor

 

CARA CARA

 

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati. 

2. Masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan adunan berketul. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas.

3. Panaskan kuali (non stick pan) dan sapu sedikit minyak.  Masukkan satu senduk adunan dan ratakan menggunakan belakang senduk atau  lenggangkan kuali.

4. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu diterbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak.

 

INTI:

  • 200 gm krim putar (non dairy) ~ putar hingga kental
  • Isi durian  secukupnya

 

CARA MELIPAT:

1. Alas kepingan lempeng di atas plastik. 

 2.  Sudukan krim putar di tengah-tengah lempeng. Kemudian letak inti durian  dan lapiskan kembali dengan krim putar .

3. Lipat kiri dan kanan lempeng dan jadikannya seakan bantal.

4. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Kredit resipi sepenuhnya kepada

Semanis Gula...

http://kakzusemanisgula.blogspot.com