Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.

Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.

Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.

Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.

 

PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:

 

1.  Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.

2.  Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.

3.  Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.

4.  Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.

5.  Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tanga. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.

 

Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!

 

 

Kredit gambar: Umpan/ Sinar Harian