Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian,. ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya….

Usah khuatir kerana dada cara untuk mengatasi masalah ini. Apa yang anda perlukan ialah:

  1. Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama parat dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
  3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
  4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati dan pedal tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.