Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja.

 

  1.  Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
  2.  Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
  3.  Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
  4.  Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kalin kaup.
  5.  Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang,, tindih dengan menggunakan lesung batu.
  6.  Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
  7.  Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
  8.  Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.

 

 

Kredit gambar & resipi:  Habibah Badar Bajrai & Koleksi RASA