Setiap kali memasak pasti anda akan berasa runsing untuk menyental belakang periuk yang hitam. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda menanggalkan kesan hitam ini dengan cara menyapukan minyak sebelum proses memasak. Selepas memasak sental seperti biasa dan anda akan dapati ia lebih mudah dihilangkan. Cubalah!






