Daging lembu mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan tepung gandum.

 

Caranya mudah sahaja.

1.  Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang anda gemari.

2.  Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gandum. Jumlah tepung bergantung kepada kuantiti daging yang anda hendak masak. Biarkan seketika.

3.  Kemudian berishkan daging dan toskan airnya. Boleh dimasak mengikut kesukaan anda.

4.  Hasilnya daging tadi tidak berbau hamis dan lebih bersih.

 

 

Kredit gambar & petua : Zana Abdul Rashid