Jom tengok apa makanan yang boleh dikatakan wajib ada supaya tak kelaparan dalam stadium.

1. Kacang:
Tidak kiralah sama ada kacang rebus , kacang kuda atau kacang tanah, kudap-kudapan ini sememangnya menjadi kegilaan kaki-kaki bola ketika menonton perlawanan di stadium.

2. Kuaci:
Kudap-kudapan ini juga sangat popular di kalangan kaki-kaki bola. Kuaci juga sangat berhantu. Sekali makan, tidak boleh nak berhenti. Tapi kalau korang bawa kuaci hati-hati. Satu jangan buat sepah, dua, jangan sampai tergigit lidah.

3. Jagung Rebus:  
Ada juga kaki bola yang suka menikmati jagung rebus. Sama ada isi jagung yang disediakan di dalam cawan mahu pun setongkol jagung. Tapi selalunya belum start games lagi, jagung dah habis dua tiga cawan.

4 Naget:
Ini memang snek ‘universal’ kerana semua golongan gemarkan makanan ini, tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa. Walaupun rasanya tidak sehebat naget di restoran makanan segera, namun ia tetap menyelerakan kaki bola! Kalau sedang lapar dan bengang pulak dengan pasukan yang disokong, mahu berbelas-belas biji naget dimakan.

5. Burger:
Ini memang makanan wajib hampir semua kaki bola di stadium. Walaupun rasanya ‘biasa-biasa’ sahaja namun, ketika menonton bola rasanya menjadi sedap seperti burger di restoran!
 
6. Sosej:
Seperti naget, sosej juga makanan ringkas yang digemari ramai. Sedap dimakan bersama sos cili  atau dimakan begitu sahaja. Sekarang ada sosej yang kecil dan pasti sekali hadap terus habis.

7. Keropok Lekor:
Makanan tradisional dari Terengganu ini bukan sahaja semakin komersil di dalam negara tetapi juga di luar negara. Sama ada keropok lekor yang digoreng nipis atau isinya yang padat, ia memang jadi makanan tumpuan kaki bola.

8. Hot Dog:
Biarpun hot dog di Malaysia taklah glamer macam hot dog di Amerika Syarikat, tapi ia tetap jadi buruan kaki bola. Walaupun hanya hotdog dan sos diatas roti, tapi kalau distadium memang habis licin.