Resipi asli sos pencicah yang boleh dinikmati dengan aneka makanan bergoreng seperti keropok goreng, ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, udang dan bermacam-macam lagi. Buat cicah kerang rebus pun sedap.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam cili kering
  • 1 labu besar bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping nisan/manisan bersaiz besar. Jika kecil, guna 3 keping - boleh diganti dengan gula melaka
  • 1 sudu pes asam jawa
  • 1/2 botol kecil cuka
  • Sedikit air jika perlu

 

CARA MEMASAK:

  1.  Kisar cili kering dan bawang putih hingga lumat.
  2.  Masukkan bahan kisar bersama kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  3.  Rasa sedikit terlebih dahulu. Jika dah ada rasa sedikit masam dan manis, boleh dipadamkan api.
  4.  Biarkan sos menjadi sejuk dan barulah boleh isi dalam botol.
  5.  Simpan sos di dalam peti sejuk bagi memastikan ia tahan lama kerana resipi ini tidak menggunakan bahan pengawet.

 

 

Kredit resipi & gambar: Farah Azirahman