Pastikan adunan dibentuk sama saiznya sebelum direbus.
BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung pulut
  • 1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
  • 1/2 sudu teh pewarna ungu
  • Secubit garam
  • Air secukupnya | untuk menguli
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 keping daun pisang | diceraikan untuk membuat acuan
 
BAHAN INTI:
  • 300gm isi kacang hijau | dibuang kulit dan direndam 2 jam
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan tepung gandum | untuk memekatkan
 
CARA MEMASAK:
 
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau hingga airnya kering dan empuk.
2. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan intinya. Biarkan hingga kering dan angkat.
4. Untuk dohnya, uli tepung pulut bersama sedikit air, secubit garam, pewarna ungu dan juga lemak sayuran. Gaulkan rata sehingga tidak melekat di tangan.
5. Ambil sesudu adunan dan masukkan inti ke dalamnya. Bentukkan adunan bujur memanjang.
6. Setelah itu, rebus dalam air yang banyak dan biarkan hingga timbul.
7. Angkat dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula.
8. Masukkan ke dalam kotak daun pisang dan hidangkan.