Info chef: Enak dimakan panas-panas.

AYAM GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 ekor ayam | dipotong kecil, dibersihkan dan xtoskan
  • 1 cawan tepung jagung | untuk diperap dengan ayam
  • 1 cawan sos tiram
  • 2 kiub ayam
  • 15 tangkai cili kering | direndam dalam air panas
  • 1 cawan sos cili
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • 2 biji bawang besar | di hiris kasar
  • 7 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 inci halia | dihiris halus
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Minyak secukupnya untuk mengoreng


CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam dengan sos tiram dan tepung jagung selama 20 minit kemudian goreng sehingga masak. Toskan minyak. Ayam tidak perlu dimasak garing.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, kiub ayam dan cili kering.
  4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung dan sedikit air. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan dengan hirisan daun bawang.



Saiz hidangan: 50 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas dan tidak muak
Jenis penyediaan: Menu utama
Cara memasak: Goreng dan tumis