Waktu memasak : 40 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Cara memasak : Rebus


BAHAN-BAHAN:
  • 300gm mihun | dicelur dan toskan
  • 2 ketul isi ayam | dihiris
  • 200gm sawi | dihiris
  • 200gm taugeh
  • 3 helai daun bawang | dipotong halus
  • 3 helai daun sup | dipotong halus
  • 6 biji cili padi | dipotong halus
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kicap pekat manis
     
BAHAN KISAR:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu teh rempah kurma
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  2. Setelah berbau wangi, masukkan ayam dan kacau sehingga masak. Setelah itu, masukkan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan rempah sup dan rempah kurma. Gaul sebati.
  4. Selepas itu masukkan garam dan serbuk pati ayam secukupnya. Kacau sebati dan tutup periuk Biarkan mereneh.
  5. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, sebiji bawang merah dan seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis.
  6. Setelah ayam dalam sup masak, keluarkan dan siat-siat isinya.
  7. Setelah siap, bolehlah masukkan mihun ke dalam mangkuk bersama taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atasnya.
  8. Sedia dihidangkan dan dinikmati.