Waktu memasak : 50 minit
Saiz hidangan untuk : 120 keping
Cara memasak : Rebus dan Goreng


BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kacang hijau
  • 250gm tepung ubi
  • 50gm tepung jagung
  • 20gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 8 ulas bawang putih                               | dikisar halus
  • Garam dan gula secukup rasa
     
CARA MEMASAK:
  1. Sangai kacang hijau hingga masak. Kemudian, kisar hingga halus.
  2. Selepas itu, campurkan tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
  3. Uli hingga menjadi doh. Kemudian, bentukkan memanjang (seperti keropok lekor) dan rebus sehingga masak.
  4. Selepas itu, potong nipis-nipis dan jemur hingga kering.
  5. Setelah ia kering, bolehlah goreng sehingga ia kembang.
  6. Hidangkan dan sedia dinikmati.