Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 100 keping
Cara memasak : Rebus dan Goreng


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung ubi
  • 50gm tepung jagung
  • 250gm kacang dal                                | direndam semalaman
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
  1. Rebus kacang dal yang telah direndam sehingga empuk. Angkat dan tos.
  2. Kisar kacang dal yang telah direbus bersama bawang putih sehingga halus. Kemudian, campurkan tepung ubi, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Uli hingga menjadi doh. Kemudian, bentuk memanjang (seperti keropok lekor) dan rebus sehingga masak.
  4. Selepas itu, potong nipis-nipis dan jemur hingga kering.
  5. Setelah ia kering, bolehlah goreng sehingga ia kembang.
  6. Hidangkan dan sedia dinikmati.