Waktu memasak : 50 minit
Saiz hidangan untuk : 60 keping
Cara memasak : Rebus dan Goreng
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sayur bayam | ambil daun sahaja
- 100gm tepung beras
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 sudu teh udang kering | dikisar halus
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 sudu makan serbuk kari
-
50ml minyak
CARA MEMASAK:
- Basuh daun bayam dan ketepikan.
- Dalam sebuah bekas, satukan tepung beras, bawang putih, udang kering, jintan manis, jintan putih, serbuk kari dan minyak.
- Adun hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali.
- Celup daun bayam ke dalam adunan tepung dan terus goreng di dalam minyak panas.
- Setelah garing, angkat dan tos. Ulang proses hingga semua daun bayam disaluti tepung.
- Hidangkan dan sedia dinikmati.






