Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 20 biji
Cara memasak : Bakar


BAHAN-BAHAN:

  • 240gm tepung gandum                              | diayak
  • 1½ sudu kecil soda bikarbonat                 | diayak
  • ½ sudu kecil serbuk halia                          | diayak
  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis              | diayak
  • ¼ sudu kecil serbuk cengkih                    | diayak
  • 70gm mentega                                            | suhu bilik
  • 200gm gula
  • 1 biji telur
  • 70ml air gula
  • 2 sudu teh cuka
  • Gula untuk salutan
 
 
CARA MEMASAK:
  1. Pukul mentega dan gula di dalam sebuah bekas sehingga kembang
  2. Kemudian, tuangkan KARAMEL telur sedikit demi sedikit sambil memukul adunan.
  3. Setelah adunan sebati, tambahkan cuka dan air gula, adun sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk halia, serbuk kayu manis dan serbuk cengkih yang telah diayak ke dalam adunan mentega. Adunkan sehingga menjadi doh.
  5. Balutkan doh dengan plastik dan rehatkannya di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  6. Selepas doh direhatkan, lapiskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
  7. Kemudian, bentukkan doh menjadi bebola kecil. Golek kan kan bebola ke dalam gula halus dan aturkan di dalam dulang. Selepas itu tekankan sedikit supaya ia rata.
  8. Ulang proses sehingga doh habis.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 185oc. Setelah itu, masukkan dulang pembakar ke dalam ketuhar dan bakar selama 10 hingga 15 minit atau sehingga warnanya bertukar menjadi sedikit perang.
  10. Setelah biskut siap dibakar, sejukkan sebentar di atas dulang pembakar.
  11. Kemudian, alih biskut dari dulang pembakar dan hidangkan di dalam piring. Sedia dinikmati.