Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Cara memasak : Goreng
BAHAN-BAHAN:
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Cara memasak : Goreng
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- ½ halia
- 2 batang serai | di kisar halus
- 2.5cm lengkuas
- 2.5cm kunyit hidup
- 15 biji cili padi
- 5 sudu makan kerisik
- 125ml santan
- 2 helai daun limau
- 30gm cili kering | direbus dan di kisar
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
-
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau rata sehingga berbau wangi
- Selepas itu masukkan cili kering. Kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daun limau dan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
- Masak di atas api yang kecil selama 2-3 minit.
- Masukkan kerisik, santan dan kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar. Angkat.
- Sedia untuk dihidangkan.






