Bentuk biskut ini juga boleh diubah suai dengan memotong memanjang atau digulung sahaja. Kisaran kekacang kegemaran boleh dimasukkan ke dalam inti kurma untuk rasa yang lebih enak.
Pastikan doh betul-betul keras sebelum dipotong kepingan untuk dibakar. Jika berderai, dinginkan semula. Jika buah ceri terlalu besar, cincang sedikit ikut kesesuaian.
Sebelum kek dibakar, letakkan loyang pembakar di atas dulang pembakar dan tuangkan air ke dalam dulang. Ini untuk mengelakkan kek tidak kering ketika dibakar.