Bahan-bahan:

  • 250ml jus tomato
  • 1 sudu teh jus limau
  • 1 titik sos Tabasco
  • Sirap gula secukup rasa
  • 20ml krim putar

Cara memasak:
Satukan jus tomato, sirap gula, jus limau, tabasco dan krim putar di dalam mangkuk adunan. Kemudian bekukan di dalam peti sejuk beku. Setelah itu bentukkan sorbet menjadi bulat atau bentuk kegemaran. Sedia untuk dihidangkan.

 

Bahan hiasan:

  • Krim putar
  • Sorbet tomato
  • Daun saderi
  • Leek

Cara menghias:

  1. Tuangkan krim putar ke dalam gelas kecil.
  2. Kemudian letakkan daun saderi di dalam gelas.
  3. Seterusnya sudukan sorbet tomato pula.
  4. Akhir sekali, cucukkan leek di sisi daun saderi.