Ruang makan adalah salah satu sudut penting di setiap kediaman. Ruang makan yang cantik dan bersih sudah pastilah mencerminkan keperibadian tuan rumah kerana ia merupakan tempat menghadap rezeki. Untuk mencantikkan ruang makan, tidak perlu menghiasinya dengan perabot mewah. Cukup sekadar membuat sendiri dan mengaplikasikan barangan sedia ada dengan inovasi idea kreatif seperti gubahan bunga

GUBAHAN BUNGA BERSERI

• BAHAN-BAHAN:

• Bunga tiruan (kuntuman besar - dua warna dan bunga kecil)
• Gelas berkaki
• Reben

CARA MEMBUAT:

1. Potong span dan masukkan ke dalam bekas berkaki.

2. Potong kuntuman bunga menjadi sekuntum-sekuntum.

3. Cucuk pada span.

4. Selang-seli dengan kuntuman bunga yang berwarna kuning.

5. Cari ruang yang masih lopong dan selitkan dengan kuntuman bunga kecil.

6 Selitkan juga bunga kecil warna lain.

7. Seterusnya cucukkan bunga tiruan yang berjuntai.

8 Akhir sekali, ikat reben pada kaki gelas.