Ceriakan ruang dapur dengan hiasan bermotifkan bunga-bungaan corak Inggeris. Biarpun dihasilkan daripada bahan terbuang, namun ia tetap cantik dipandang setelah diberi sentuhan baru. Kali ini kami bawakan anda hasil kraf daripada EmelynĂ­s Garden yang anda boleh ikuti.

PLAT HIASAN BERKAKI

BAHAN-BAHAN:
Tudung tin susu
Toa spray (spray cepat kering)
untuk cat akrilik
Gam (Matt Sealer)
Gunting
Berus
Cat arilik (peinture acrylic)
Tisu
Berus
Gunting
Kaki meletak pinggan

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Spray permukaan tudung tin susu dengan Toa Spray berwarna putih. Biarkan kering sebentar.

2. Gunting tisu mengikut corak bunga.

3. Ceraikan lapisan tisu dan guna lapisan di atas yang mempunyai corak.

4. Gamkan tisu tadi pada tudung tin menggunakan Matt Sealer.

5. Dengan menggunakan berus dan warna akrilik hijau, warnakan dan hiasi keliling tudung tin tersebut agar lebih menonjol dan menarik.

6. Dengan menggunakan warna yang sama, lukiskan corak daun di bahagian bawah tampalan tisu motif bunga tadi.