Soalan:

Puan,
Saya seorang suri rumah yang sangat minat membuat kek, lebih-lebih lagi kek yang dihias cantik dengan aising dan fondant. Masalahnya, sangat sukar untuk saya mendapatkan bahan-bahan untuk membuat aising dan fondant seperti krimwell, glukos dan gliserin. Kebanyakan kedai-kedai kek yang saya kunjungi tidak menjual bahan-bahan tersebut. Bolehkah puan syorkan pada saya kedai yang menjual bahan-bahan kek di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam? Sekian, terima kasih.
 
 
KIriman:
Norlela Mohd Nor
Shah Alam, Selangor.
 
 
Jawapan:
 
Barangan serta bahan-bahan membuat kek dan biskut banyak terdapat di Taman Megah, pasar Taman
Tun Dr, Ismail, bandar Puchong dan Kepong. Alamat-alamat mereka ialah Taman Megah (Bake With Yen), Taman Tun Dr Ismail (Bake with Yen), Bandar Puchong (Bake with Yen), Bagus Bakeri dan di Kepong (Pastry Pro). Jika puan mahukan alamat lanjut, puan boleh merujuknya di internet.
 
 
Dikendalikan
Pakar Masakan terkenal
Puan Noraini Adnan