Bukan tidak suka mencuba resipi yang sedia ada, namun saya sukakan cabaran itu. Kalau boleh saya nak resipi saya lain daripada yang lain", ujarnya memulakan perbualan.

"Hendak kata pakar sangat tidaklah pula, tetapi apabila tiap kali turun ke dapur, saya mahukan kelainan dan berbeza dari resipi orang lain. Hal ini turut sama diakui oleh anak sulung saya yang cukup gemarkan Nasi Goreng buatan saya. Katanya nasi goreng yang saya buat memang unik dan lain. Uniknya kerana saya biasanya menggunakan bahan asas yang pelik seperti telur ikan dan pastinya akan menggunakan lada sulah dalam setiap masakan saya.

Dalam waktu yang terhad, ibu moden ini mengakui tidak sepenuhnya meluangkan masa ke dapur menyediakan juadah untuk anaknya. Namun setiap kali hujung minggu, rumahnya pasti dikunjungi anak-anak buah yang datang bertandang. Ketika inilah segala resipi diturunkan untuk semua.

Memasak Guna Teknik Pelik Menariknya, Emma juga bukan hanya mencipta resipinya sendiri, malah beliau juga senang mencuba aktiviti masakan yang di luar jangkaan sesiapapun.

"Bukan aktiviti apapun, cuma sesekali saya dan ibu senang mencuba apa sahaja aktiviti memasak sebagai percubaan. Macam baru-baru ini, saya dan ibu cuba menyediakan kek hari jadi anak saya menggunakan periuk sebagai acuannya. Bukan tidak mahu gunakan loyang, tapi kami sekadar hendak mencuba dan mencari kelainan. Adunan kek pun kami pukul sendiri guna tangan hingga kembang. Kemudiannya kami bakar dalam ketuhar tetapi menggunakan lapik periuk untuk pengalas aras api, atas dan bawahnya.

Memang seronok rasanya. Terasa macam berada pada zaman dulu-dulu, memasak secara tradisional. Bukan tidak ada ketuhar, tapi saya senang mencari kelainan."

Lebih Suka Manisan

Bercerita mengenai dunia masakan dan kegemarannya, Emma lebih senang memilih deretan manisan dan kuih muih berbanding lauk pauk.

"Mungkin juga kerana saya sukakan masakan yang ringkas dan mudah sedia menjadikan saya memilih manisan. Paling saya suka tentunya aneka puding yang boleh divariasikan dalam gabungan apapun. Enak sekali rasanya.

Kalau makanan berat pula saya senang memilih makanan barat seperti Spageti Bolognise dan aneka pasta lain. Mungkin juga cara masakannya yang ringkas menjadikan saya begitu suka", ujarnya mengakhiri perbualan kami.

RENDANG AYAM AKMA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam -dipotong kecil
  • 1 liter santan
  • 6 biji bawang merah I dikisar
  • 3 ulas bawang putih I dikisar
  • 2 sm halia I dikisar
  • 2 sm lengkuas I dikisar
  • 2 sm kunyit hidup I dikisar
  • 500 gm cili kisar I dikisar
  • 150 gm kerisik
  • 2 batang serai I dikisar
  • 2 helai daun kunyit I dihiris halus
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan gaulkan rata.
  3. Masukkan santan dan biarkan masak hingga mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  4. Apabila pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan biarkan ayam empuk.
  6. Apabila sebati angkat dan hidangkan.