Pertemuan dengan wanita cantik bertubuh langsing ini di kediamannya, di Bukit Antarabangsa cukup mengujakan hati. Meskipun sibuk dengan aktiviti seharian, pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah, 31, atau lebih mesra disapa sebagai Dina ini masih sempat meluangkan masa bersama team RASA untuk berkongsi resipi sihat dan tip pemakanan terbaik khas buat pembaca RASA budiman.