Kehebatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam melahirkan graduan
berkualiti dan berprestasi tinggi terutama dalam bidang Seni Kulinari sudah
tidak dapat disangkalkan lagi. Ini dibuktikan dengan kewujudan chef-chef
ternama dan tersohor dalam industri seperti Encik Johari Edrus atau dikenali
sebagai Chef Jo, Chef Ismail, Chef Zam (pengasas kolej kulinari Silverspoon
International), Chef Sabri dan lain-lain nama besar lagi.