KERJA MEMASAK LEBIH TERATUR

Penyepit adalah alat yang digunakan untuk mencengkam, mengalih dan mengangkat makanan ketika melakukan kerja-kerja memasak. Ada pelbagai jenis penyepit yang boleh digunakan untuk melakukan tugasan tertentu. Misalnya hujung mata bergerigi, sesuai untuk mengangkat ais batu, hujung mata seperti tajam dan bulat sesuai untuk spageti, bulat untuk gula, panjang dan runcing untuk sayuran dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih jelas, anda boleh melihat produk-produk penyepit yang dijual di Kitchen Shop ini.
 

1. Penyepit ais Trudeau Rekaan kontemporari menarik yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Hujung matanya berbentuk empat segi sama dan bergerigi bagi memudahkan mengangkat ais batu ke gelas minuman. Bahagian tengahnya mempunyai getah silikon yang lembut agar tangan anda berasa selesa apabila menggunakannya. Jaminan selama 5 tahun. Harga RM17.90.
 
2. Penyepit gula Tescoma. Diperbuat daripada keluli tahan karat yang bermutu tinggi. Hujung mata yang lebar dan bulat seperti sudu memudahkan kiub gula diangkat. Jaminan selama tiga tahun. Harga RM9.90.
3. Penyepit ais Tescoma. Tidak seperti penyepit gula, penyepit ais ini mempunyai hujung mata yang agak lebar, bulat dan bergerigi agar memudahkan ais dicengkam kuat. Diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi. Harga RM12.90.
 
4 Penyepit ais Bar Craft. Penyepit ais ini direka dengan hujung mata yang panjang lebar dan bergerigi bagi memudahkan mencengkam ais. Diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lasak. Harga RM11.90.
5. Penyepit serba guna Joseph Penyepit makanan ini boleh digunakan untuk mengalih atau mengangkat makanan. Mempunyai mata hujung yang lebar diperbuat daripada nilon yang tahan panas sekiranya anda mahu mengalihkan makanan yang sedang digoreng di dalam minyak panas. Bahagian atasnya pula diperbuat daripada silikon. Jadi anda akan berasa lebih selesa memegangnya. Selain itu, ia mempunyai butang kekunci untuk membuka dan menutup penyepit. Harga RM49.90.
 
6. Penyepit serba guna Space Line Tescoma Penyepit serbaguna dwi bentuk ini merupakan antara rekaan moden yang tahan lasak. Diperbuat daripada silikon yang tidak melekat, ia boleh digunakan sehingga suhu 210°C. Tidak menyerap aroma, rasa dan mempengaruhi warna makanan. Harga RM15.00
 
7. Penyepit sayuran Tescoma Mempunyai hujung yang panjang dan tirus untuk memudahkan sayur-sayuran diangkat dan dikacau di dalam periuk. 8. Penyepit spageti Tescoma Mempunyai penyepit dua mata yang berbeza iaitu seperti sudu dan garpu. Ia bagi memudahkan mengambil dan mencengkam spageti. Diperbuat daripada silikon yang tahan lasak sehingga suhu 210°C. Tidak menyerap aroma, rasa dan mempengaruhi warna makanan.
 
9. Penyepit makanan ini disaluti oleh silikon bermutu tinggi di hujung matanya. Sangat sesuai digunakan untuk mengalihkan dan
mengangkat ikan, ayam dan daging. Pemegangnya diperbuat daripada keluli tahan karat. Harga RM66.90.
 
10. Penyepit sayuran ini diperbuat daripada getah lembut hijau. Antara sayuran yang sesuai ialah asparagus, brokoli, kubis dan sebagainya. Tahan lasak dan tidak mudah calar. Harga RM24.90.