=
Aktiviti

‘REKA & MASAK’ BERSAMA RASA & MYCHEF!

Anda hebat memasak dan punya blog masakan sendiri? Jom sertai cabaran REKA & MASAK bersama RASA & MyChef!

‘REKA & MASAK’ bersama RASA & MyChef!

 

 

 

 

 

Anda hebat memasak dan punya blog masakan sendiri? Jom sertai cabaran REKA & MASAK bersama RASA & MyChef!

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. PENYERTAAN TERBUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KEATAS DAN MEMPUNYAI BLOG MASAKAN SENDIRI
  2. DURASI VIDEO YANG DIHASILKAN MESTILAH TIDAK MELEBIHI 2 MINIT
  3. HANYA SATU VIDEO SAHAJA DIBENARKAN UNTUK SATU PENYERTAAN. JIKA LEBIH, HANYA VIDEO PERTAMA YANG DIMUAT NAIK SAHAJA YANG AKAN DINILAI.
  4. VIDEO YANG DIHASILKAN MESTILAH DIMUAT NAIK KE YOUTUBE
  5. NAMAKAN VIDEO ANDA DENGAN TAJUK ‘REKA & MASAK BERSAMA RASA & MYCHEF ( NAMA ANDA)’. IA BERTUJUAN UNTUK MENYENANGKAN KAEDAH PENJURIAN.
  6. MENU YANG DIHASILKAN MESTILAH MENGGUNAKAN SALAH SATU DARIPADA  RANGKAIAN PRODUK MYCHEF SERTA PAMERKAN MAJALAH RASA DALAM RAKAMAN VIDEO ANDA.
  7. EMAILKAN LINK VIDEO YANG TELAH DIMUAT NAIK, TAJUK VIDEO, NAMA PENUH PESERTA, NO TELEFON, ALAMAT DAN RESIPI LENGKAP KE majalahrasa01@gmail.com
  8. TARIKH UNTUK MEMUAT NAIK VIDEO BERMULA 15 MEI 2013 HINGGA 15 JULAI 2013. VIDEO YANG DIMUAT NAIK SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DILAYAN.
  9. TARIKH AKHIR UNTUK ‘LIKE’ VIDEO DI YOUTUBE ADALAH PADA 31 JULAI 2013 SEBELUM JAM 3 PETANG. UNDIAN SELEPAS WAKTU BERKENAAN TIDAK AKAN DIKIRA.
  10. PENYERTAAN DINILAI DARI SEGI KREATIVITI, MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SERTA JUMLAH UNDIAN ‘LIKE’ TERBANYAK.
  11. 10 VIDEO AKAN DIPILIH UNTUK KE PUSINGAN AKHIR DAN HANYA PESERTA YANG BERJAYA SAHAJA AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK RASA.
  12. PENGANJUR BERHAK MENUKAR HADIAH KEPADA BARANGAN LAIN YANG SAMA NILAINYA TANPA SEBARANG NOTIS.
  13. KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD DAN SEBARANG SURAT MENYURAT TIDAK AKAN DILAYAN.

 

HADIAH:


TEMPAT PERTAMA :

 

  • Wang tunai RM500
  • Apron MyChef edisi terhad bernilai RM200
  • Hamper  MyChef bernilai RM150
  • Sijil penyertaan

 

TEMPAT KEDUA :

 

  • Wang tunai RM300
  • Apron MyChef edisi terhad bernilai RM200
  • Hamper MyChef bernilai RM150
  • Sijil penyertaan

 

TEMPAT KETIGA :

 

  • Wang tunai RM200
  • Apron MyChef edisi terhad bernilai RM200
  • Hamper MyChef bernilai RM150
  • Sijil penyertaan

 

7 HADIAH SAGUHATI :

 

  • Hamper MyChef bernilai RM150
  • Sijil penyertaan
Lain-lain Artikel
Hari
Jam
Minit
Saat
World
#QuranHour