Sedar tak sedar RASA sudah menyambut ulang tahun yang ke 13. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembaca setia kerana menjadikan RASA sebagai majalah masakan nombor satu di Malaysia.

Bersempena edisi istimewa ini, RASA tampil memberi pengisian yang hebat khas buat para pembaca setia. Terdapat 100 menu menarik dan lazat yang sesuai disajikan di majlis ulang tahun dan  keraian. Bermula dengan resipi utama seperti nasi dan lauk pauk enak hinggalah ke seleksi hidangan pencuci mulut terbaik seperti kuih, kek dan manisan. Semuanya terkandung dalam naskah hebat ini. 

Selain itu ditampilkan juga senarai 50 panduan restoran dan tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi di Malaysia. Bagi yang gemar melancong dan mencuba tempat makan baru, direktori ini sangat berguna bagi membantu anda menemui tempat makan yang memenuhi selera. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskah hebat ini dan dapatkan segera di pasaran!