Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan juga makanan. Ada makanan Melayu, Cina, India, Baba Nyonya dan banyak lagi. Semuanya enak-enak belaka. Sebut sahaja apa yang anda mahu, pasti senang diperolehi.

Bersempena tahun melawat Malaysia 2014, Rasa menampilkan 100 seleksi juadah warisan terbaik yang menjadi ‘signature dish’ jika berkunjung ke negeri Selangor, Melaka dan juga Perak.

Bukan sahaja resipi lauk pauk, pelbagai pilihan pencuci mulut dan juga kuih muih traditional ada dikongsikan untuk anda.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskah hebat ini dan dapatkan segera di pasaran!